Friday, June 11, 2010
Wednesday, March 17, 2010
BUKA MULUT! A performance art event
featuring:
AISHA BAHARUDDIN
BEBE
SIMON SOON
CHI TOO
INTAN RAFIZA
NIKI O
SAFRIMAN
RAHMAT HARON
RAY LAGENBACH
TAN ZI HAO
+ JO KUKATHAS as emcee!
SATURDAY
20 MARCH 2010
8.30 – 10pm
The Terrace @ DAVE’S Pizza Pasta Vino, 1Utama Shopping Centre
*Happy hour until 10pm! RM35/jug
contact: +6017 356 6206 / +6019 649 2772
Supported by:
DAVE’s Pizza Pasta Vino
and Instant Café Theatre House of Art & Ideas @ CHAI
------------------------------
FOOD
To be honest the last thing I want to do is write an essay about food. All you need to know about food you can learn from cookbooks, your father, your grandmother, Asian Food Channel, or just... eating it. Anyone who wants to deconstruct a char keuy teow instead of savoring those slippery folds, moist with grease, between their lips, must be bereft of some common virtue.
Furthermore, food is one of those last Malaysian frontiers where we are as confident in our identity and as sexy in that confidence as an Italian in a perfectly cut suit. We may not know what it means to be truly Malaysian, but damn, we know our food is shiok. When it comes to food at least, we're comfortable with who we are. This lack of self-consciousness is becoming all too rare in our culture, and I don't want to defile that sacred ground with identity politics and cultural theories. I don't think my parents sponsored four years of tertiary education abroad so that I could come home and write about nasi lemak in ways they can't understand.
When I was still in school, my parents took their life savings (including their childrens' education fund) and started a restaurant business. For a few years my terrace-link home in Taman Tun was a commissary cum warehouse - the rooms were taken over one by one until at one point all five of us (myself, my parents and two other siblings) were sleeping in the master bedroom. Eventually, the 'Proudly A Malaysian Discovery' Dave's Deli business took off, and we moved into a bigger house and a relatively comfortable life. Interesting trivia: many people around my age have told me that they had their first date and similar rites of passage in a Dave's Deli outlet, usually over the 1/4 Roast Chicken with gravy and mash.
Although they couldn't be prouder now, in the early days I know that I disappointed my parents by choosing an art career instead of the family business. Putting food on the table literally involved putting food on tables, so walking away from the communal rice bowl affected how I related to food, wealth, and the family unit. It taught me alot about independence - on the one hand, the guilt of abandoning a life-time of values and the terrible shame of asserting individual freedom against collective well-being; on the other, the discovery of the full range of yourself, the useful strengths and humiliating weaknesses, as in a golf swing or a muscle. Malaysians have been taught that merdeka is a joyful business, all parade and celebration, because we (?) well someone, anyway, achieved it. Oh yes, but independence applied at the personal level is also a painful business, and that pain makes it undeniably ours - because we practice it.
Back to food. Five years into this profession, I wish that art was more like food. I wish that ideas in this country were more palatable, more sedap in the making. I wish I could slurp art down in 5 minutes at a kopitiam during lunch, that we could gather together around it, arguing about where to find the best this or that, and make plans for outstation trips just to try some far-out speciality. My brain hurts over how we can extend culture as a form of open, universal hospitality, instead of the invite-only feasts offered in galleries or art spaces. For years, my family has been coming to my exhibitions. Once or twice they even did the catering! I think it's time to change things up a bit, hence my plan to organize a performance art event over two nights at Dave's Pizza Pasta & Wino, which is a fine dining restaurant in 1Utama shopping centre, where Darren, my older brother, is head chef.
It is an attempt to test out new audiences and new spaces, to see how artists and public interact in an unfamiliar setting. If artists continue to present their ideas to the same limited audience of art enthusiasts, we are doomed to stagnation and self-indulgence - like the cook who makes the same dish over and over because she knows it will go down well.
And also... after some time poking around in the wilderness, perhaps I long to bring back to the family table, and offer in the spirit of humility, my search for independence. I hope it's good eating.
- Sharon Chin
Thursday, February 4, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Palestina, sepanjang sejarah perjuangan rakyatnya melawan israel dalam memerdekakan tanah air mereka, belum pernah berdepan dengan pergeseran sesama sendiri, sehebat sekarang ini, hinggakan sanggup berbunuhan. Begitulah kurang lebih penjelasan komrad Salah Al-Salah dari Barisan Pembebasan Rakyat Palestin, tadi malam di rumah Gerak Budaya, saat dirinya seorang lelaki seusia 73 tahun, menjelaskan pertentangan semasa antara PLO (Al-Fatah) dan Hamas.
biarpun dirinya sudah bercucu, kini Salah Al-Salah tetap bersemangat berkhidmat dalam jawatankuasa pelarian rakyat Palestin. Salah menjelaskan, ribuan tahun lamanya, rakyat Palestin telah hidup bersama, tak mengira agama, suku, keturunan, bangsa. Malah dalam sejarah percubaan mematahkan perlawanan rakyat Palestin sejak pemerintahan Mandat Inggeris lagi (dengan dasar pecah dan perintahnya)perbezaan - pergeseran - pertentangan sesama barisan rakyat Palestin melawan zionis israel, belum pernah menciptakan keadaan permusuhan sesama rakyat Palestin sehebat ini. Biarpun di zaman Mandat Inggeris lagi, zionis israel telah mencuba memecah belahkan perlawanan rakyat Palestin dengan jahatnya menanamkan bibit permusuhan di antara orang2 kota dan org2 desa atau di antara penganut Kristian dan Islam Palestin. namun ianya tidak pernah berhasil. meskipun benar, di mana-manapun wujud perbezaan cara tindakan, atau pergeseran idea taktik strategi, namun sebelum ini kontradiksi dapat diselesaikan tanpa memecahkan kekuatan perlawanan rakyat Palestin, seperti yang sedang terjadi, Hamas dan Fatah saling berbunuhan.
tapi begitulah perjalanan sejarah manusia yang tidak habis-habis dengan dialektika, pertentangan, baik buruk, hitam putih, yin yang, hubungan-hubungan dua (atau jutaan-bilionan-mega-giga) unsur yang saling berlawanan, menghasilkan unsur-unsur kebaharuan sementara, meneruskan sejarah hinggalah titik tamat kewujudan alam - yang terlalu jauh di luar batas pengetahuan manusia.
ya sejarah manusia dan peradabannya, menurut Karl Marx adalah sejarah perjuangan kelas, tetapi ia juga adalah sejarah pengkhianatan, begitu kata2 cukup lantang Hishamudin Rais bersuara memulakan huraiannya tentang perjuangan rakyat Palestin. Selain tamu jemputan Komrad Salah Al-Salah, forum anjuran MSRI itu juga turut menampilkan Hisham sebagai pembicaranya. Hisham pernah ke Beirut dalam Perang Saudara di Lebanon, pada perjalanan pelariannya di tahun-tahun romantika anak muda revolusioner 1970 an, ikut bersama dengan PLO menentang kekejaman puak Kristian kanan Falangis dan zionis Israel.
mungkin juga lebih tepat dalam menghuraikan sejarah perjuangan perlawanan rakyat tertindas adalah sejarah pengkhianatan. pengkhianatan kepimpinan perjuangan rakyat yang akhirnya mematahkan, melumpuh, menyusahkan atau di titik-titik tertentu menghancurkan satu-satu gerakan rakyat itu.
Kelihatannya komrad Salah Al Salah berkongsi pandangan dengan Hisham, bahawa PLO, Al-Fatah dan Yaser Arafat telah mengkhianati perjuangan rakyat Palestin dengan meletakkan senjata Al-Fatah dan akhirnya menandatangani perjanjian Oslo.
Hisham juga (tak perlulah pulak nak diterangkan siapa mamat ni) memandang persamaan suasana dan keadaan sejarah penindasan dan perlawanan rakyat di Palestin dan Malaysia. Persamaan yang berpunca dari orang2 yang sama juga (pegawai penjajah Inggeris) yang pernah bertugas pada zaman pemerintahan Mandat Inggeris di Palestin, dengan memainkan peranan penting perampasan kemerdekaan tanah air dan manusia Palestin serta pembentukan negara haram Zionis Israel. Pegawai2 Inggeris yang sama ini jugalah yang datang ke Tanah Melayu, merampas hak dan menghancurkan gerakan kemerdekaan rakyat di sini, misalnya Setiausaha Pemerintahan Mandat Inggeris di Palestin, Gerald Templer, yang dikenang Hisham dalam bahasa Inggeris, "that was beautifully assasinated by The Malayan Communist Party."
berbalik kepada soal pengkhianatan kepimpinan gerakan rakyat Palestin, Yunos Ali, seorang aktivis, sarjana sosiologi, pesara ahli akademik, juga seorang bekas gerilyawan skuad komando Al Fatah di Beirut, berkongsi cerita pedih lagi sayu, kisah bagaimana dia pernah diarahkan pimpinan Al Fatah untuk membunuh pejuang Palestin daripada kelompok PFLP. "Fatah is very reppresive," tutur Yunos. Dia enggan mengikut arahan tersebut, dan nyaris dikenakan tindakan Mahkamah Tentera.
Kita perlu memandang perjuangan Palestin sebagai perjuangan membebaskan tanah air daripada perampasan zionis israel untuk kebebasan, hak-hak demokratik dan kemerdekaan warganya. Palestin bukanlah konflik agama atau konflik bangsa Arab dan Yahudi. Buktinya, sepanjang masa sejarah perlawanannya, rejim-rejim tidak demokratik di negara-negara Arab sering menyumbang kepada kehancuran gerakan rakyat Palestin, malah ikut sama dengan zionis israel menindas rakyat Palestin, seperti misal kata Mesir yang enggan membenarkan bantuan makanan sampai ke wilayah Gaza yang terkepung, malah ke tahap hasad dengki menanam besi-besi bagi menutup lorong2 'tikus' bawah tanah menghubungkan Gaza dan Mesir. atau seperti Arab Saudi - dengan bingung kecelaruan menjadi penjaga Kaabah dan juga boneka sekutu Amerika Syarikat - pendukung utama kewujudan zionis israel.
Palestin bukan perang agama Islam dan Yahudi. Palestin adalah makna hak, merdeka kebebasan, dan kemanusiaan dalam pengertiannya yang paling asas, bahawa kita, di manapun, kita sebutkan di Malaysia, di Singapura, di Iraq, Afghanistan, di Burma, di Thailand, di Patani, di Asia, Eropah, Afrika, Amerika Selatan, malah di israel dan Amerika Syarikat sendiri, sesiapapun tak akan tunduk pada kekejaman manusia bersenjata, kedamaian cinta sejahtera kehidupan masa depan bersama adil dan saksama untuk semua adalah cita-cita. tidak salah untuk bercita-cita dan menurut teman jauhku Salabi, salah itu biasa. ha.ha.ha.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
begitulah aku menghabiskan hujung mingguku. tengahari ke petangnya ke acara forum Saya Anak Bangsa Malaysia, awal malam ke forum Palestin, kemudian tengah malam Sabtu sampai ke pagi Ahad berforum pulak bersama poodien, avroco dan nik bin jidan tentang tentang hidup, seni, seks, seksualiti, seksis, seksisme, berahi, politik cinta, paranoya kuasa, penipuan nostalgia sistem hidup masa lalu, kepura-puraan warisan yang telah lama pupus dan hilang; kini ekonomi wang yang menilaikan segala-galanya - ke tahap ekstrem tanpa sedar menjadi berhala baru sembahan manusia moden yang kununnya patuh beragama atau setia berprinsip dalam kira-kira akaun dosa dan pahala, keterpisahan di pinggiran bayang-bayang ke kayangan mimpi-mimpi bersinar bintang-bintang, atau hasrat melihat kedatangan banjir besar memusnahkan segala-galanya yang kunun gah gagah memeras, menenggelamkan serakah ketamakan dan angkuh kesombongan, suatu keanehan nikmat, kegagalan-kegagalan indah (atau secara oxymoron nya - untuk menyedapkan hati sendiri - dapat kita sebut sebagai kehodohan yang cantik).
*tulisan diambil dari blog teman di sampahseni.blogspot.com
*catatan pada ahad, 24 jan 2010
*dipinjam pakai untuk ulasan satu hari itu yang sebahagiannya dilalui bersama.