Thursday, February 4, 2010
Tuesday, January 26, 2010

Palestina, sepanjang sejarah perjuangan rakyatnya melawan israel dalam memerdekakan tanah air mereka, belum pernah berdepan dengan pergeseran sesama sendiri, sehebat sekarang ini, hinggakan sanggup berbunuhan. Begitulah kurang lebih penjelasan komrad Salah Al-Salah dari Barisan Pembebasan Rakyat Palestin, tadi malam di rumah Gerak Budaya, saat dirinya seorang lelaki seusia 73 tahun, menjelaskan pertentangan semasa antara PLO (Al-Fatah) dan Hamas.
biarpun dirinya sudah bercucu, kini Salah Al-Salah tetap bersemangat berkhidmat dalam jawatankuasa pelarian rakyat Palestin. Salah menjelaskan, ribuan tahun lamanya, rakyat Palestin telah hidup bersama, tak mengira agama, suku, keturunan, bangsa. Malah dalam sejarah percubaan mematahkan perlawanan rakyat Palestin sejak pemerintahan Mandat Inggeris lagi (dengan dasar pecah dan perintahnya)perbezaan - pergeseran - pertentangan sesama barisan rakyat Palestin melawan zionis israel, belum pernah menciptakan keadaan permusuhan sesama rakyat Palestin sehebat ini. Biarpun di zaman Mandat Inggeris lagi, zionis israel telah mencuba memecah belahkan perlawanan rakyat Palestin dengan jahatnya menanamkan bibit permusuhan di antara orang2 kota dan org2 desa atau di antara penganut Kristian dan Islam Palestin. namun ianya tidak pernah berhasil. meskipun benar, di mana-manapun wujud perbezaan cara tindakan, atau pergeseran idea taktik strategi, namun sebelum ini kontradiksi dapat diselesaikan tanpa memecahkan kekuatan perlawanan rakyat Palestin, seperti yang sedang terjadi, Hamas dan Fatah saling berbunuhan.
tapi begitulah perjalanan sejarah manusia yang tidak habis-habis dengan dialektika, pertentangan, baik buruk, hitam putih, yin yang, hubungan-hubungan dua (atau jutaan-bilionan-mega-giga) unsur yang saling berlawanan, menghasilkan unsur-unsur kebaharuan sementara, meneruskan sejarah hinggalah titik tamat kewujudan alam - yang terlalu jauh di luar batas pengetahuan manusia.
ya sejarah manusia dan peradabannya, menurut Karl Marx adalah sejarah perjuangan kelas, tetapi ia juga adalah sejarah pengkhianatan, begitu kata2 cukup lantang Hishamudin Rais bersuara memulakan huraiannya tentang perjuangan rakyat Palestin. Selain tamu jemputan Komrad Salah Al-Salah, forum anjuran MSRI itu juga turut menampilkan Hisham sebagai pembicaranya. Hisham pernah ke Beirut dalam Perang Saudara di Lebanon, pada perjalanan pelariannya di tahun-tahun romantika anak muda revolusioner 1970 an, ikut bersama dengan PLO menentang kekejaman puak Kristian kanan Falangis dan zionis Israel.
mungkin juga lebih tepat dalam menghuraikan sejarah perjuangan perlawanan rakyat tertindas adalah sejarah pengkhianatan. pengkhianatan kepimpinan perjuangan rakyat yang akhirnya mematahkan, melumpuh, menyusahkan atau di titik-titik tertentu menghancurkan satu-satu gerakan rakyat itu.
Kelihatannya komrad Salah Al Salah berkongsi pandangan dengan Hisham, bahawa PLO, Al-Fatah dan Yaser Arafat telah mengkhianati perjuangan rakyat Palestin dengan meletakkan senjata Al-Fatah dan akhirnya menandatangani perjanjian Oslo.
Hisham juga (tak perlulah pulak nak diterangkan siapa mamat ni) memandang persamaan suasana dan keadaan sejarah penindasan dan perlawanan rakyat di Palestin dan Malaysia. Persamaan yang berpunca dari orang2 yang sama juga (pegawai penjajah Inggeris) yang pernah bertugas pada zaman pemerintahan Mandat Inggeris di Palestin, dengan memainkan peranan penting perampasan kemerdekaan tanah air dan manusia Palestin serta pembentukan negara haram Zionis Israel. Pegawai2 Inggeris yang sama ini jugalah yang datang ke Tanah Melayu, merampas hak dan menghancurkan gerakan kemerdekaan rakyat di sini, misalnya Setiausaha Pemerintahan Mandat Inggeris di Palestin, Gerald Templer, yang dikenang Hisham dalam bahasa Inggeris, "that was beautifully assasinated by The Malayan Communist Party."
berbalik kepada soal pengkhianatan kepimpinan gerakan rakyat Palestin, Yunos Ali, seorang aktivis, sarjana sosiologi, pesara ahli akademik, juga seorang bekas gerilyawan skuad komando Al Fatah di Beirut, berkongsi cerita pedih lagi sayu, kisah bagaimana dia pernah diarahkan pimpinan Al Fatah untuk membunuh pejuang Palestin daripada kelompok PFLP. "Fatah is very reppresive," tutur Yunos. Dia enggan mengikut arahan tersebut, dan nyaris dikenakan tindakan Mahkamah Tentera.
Kita perlu memandang perjuangan Palestin sebagai perjuangan membebaskan tanah air daripada perampasan zionis israel untuk kebebasan, hak-hak demokratik dan kemerdekaan warganya. Palestin bukanlah konflik agama atau konflik bangsa Arab dan Yahudi. Buktinya, sepanjang masa sejarah perlawanannya, rejim-rejim tidak demokratik di negara-negara Arab sering menyumbang kepada kehancuran gerakan rakyat Palestin, malah ikut sama dengan zionis israel menindas rakyat Palestin, seperti misal kata Mesir yang enggan membenarkan bantuan makanan sampai ke wilayah Gaza yang terkepung, malah ke tahap hasad dengki menanam besi-besi bagi menutup lorong2 'tikus' bawah tanah menghubungkan Gaza dan Mesir. atau seperti Arab Saudi - dengan bingung kecelaruan menjadi penjaga Kaabah dan juga boneka sekutu Amerika Syarikat - pendukung utama kewujudan zionis israel.
Palestin bukan perang agama Islam dan Yahudi. Palestin adalah makna hak, merdeka kebebasan, dan kemanusiaan dalam pengertiannya yang paling asas, bahawa kita, di manapun, kita sebutkan di Malaysia, di Singapura, di Iraq, Afghanistan, di Burma, di Thailand, di Patani, di Asia, Eropah, Afrika, Amerika Selatan, malah di israel dan Amerika Syarikat sendiri, sesiapapun tak akan tunduk pada kekejaman manusia bersenjata, kedamaian cinta sejahtera kehidupan masa depan bersama adil dan saksama untuk semua adalah cita-cita. tidak salah untuk bercita-cita dan menurut teman jauhku Salabi, salah itu biasa. ha.ha.ha.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
begitulah aku menghabiskan hujung mingguku. tengahari ke petangnya ke acara forum Saya Anak Bangsa Malaysia, awal malam ke forum Palestin, kemudian tengah malam Sabtu sampai ke pagi Ahad berforum pulak bersama poodien, avroco dan nik bin jidan tentang tentang hidup, seni, seks, seksualiti, seksis, seksisme, berahi, politik cinta, paranoya kuasa, penipuan nostalgia sistem hidup masa lalu, kepura-puraan warisan yang telah lama pupus dan hilang; kini ekonomi wang yang menilaikan segala-galanya - ke tahap ekstrem tanpa sedar menjadi berhala baru sembahan manusia moden yang kununnya patuh beragama atau setia berprinsip dalam kira-kira akaun dosa dan pahala, keterpisahan di pinggiran bayang-bayang ke kayangan mimpi-mimpi bersinar bintang-bintang, atau hasrat melihat kedatangan banjir besar memusnahkan segala-galanya yang kunun gah gagah memeras, menenggelamkan serakah ketamakan dan angkuh kesombongan, suatu keanehan nikmat, kegagalan-kegagalan indah (atau secara oxymoron nya - untuk menyedapkan hati sendiri - dapat kita sebut sebagai kehodohan yang cantik).
*tulisan diambil dari blog teman di sampahseni.blogspot.com
*catatan pada ahad, 24 jan 2010
*dipinjam pakai untuk ulasan satu hari itu yang sebahagiannya dilalui bersama.
Sunday, December 6, 2009
who owns the idea?
Aku beli buku ini pada hari yang sama ia dilancarkan di Annexe Gallery, tapi di tempat yang berbeza di Shah Alam. Ada jualan buku buku sempena acara Frinjan 6.0. Perkara pertama yang menarik perhatian aku adalah design/rekaannya. Tetapi ada terlintas aku pernah lihat design seperti ini dahulu, rekaan kulit hadapan sebuah majalah sastera, seni, politik kontemporari dari Amerika, The Believer.

Di muka dalam buku terbaru yang memuatkan tulisan Farish Noor ini dinyatakan 'book layout and typesetting by Liza Manshoor dari eclecticdsgn.com. Dalam websitenya menyatakan alamat firma design ini di Kuala Lumpur dan Boston.
Entah kenapa ingatan aku terus teringat kepada majalah The Believer ini semasa pertama kali melihat rekaan kulit sampul untuk buku terbaru tulisan Farish A. Noor ini. Mungkin kebetulan idea komposisi nya lebih kurang sama, atau juga mungkin dia memang suka dan minat karyanya Dave Egger, author dan juga pereka konsep untuk majalah The Believer ini. Dave Egger juga founder kepada indiependent publishing house, McSweeney.
Rujuk di sini juga.
Lebih melucukan, pada masa yang sama aku membeli buku Farish A.Noor ini juga, aku beli buku ini yang tanpa disedari sehingga pulang kerumah yang ianya masih ada sedikit karakter rekaan dan skima warna yang kali ini aku percaya ini memang kebetulan!
Tuesday, December 1, 2009
Wednesday, October 28, 2009
[ BREAK] JUSTICE YELDHAM SHOW | 3 nov 2009, Tuesday | 8.00 pm | Allunan Symfonny Studio, Sunway

--Formerly a turntablist – "in the loosest sense" -Justice Yeldham, aka Lucas Abela, is known world wide for his miced-up performances of triangular sheets of glass - wired to a super utility belt of effects pedals - which he plays with his mouth, hyperventilating and getting some of the freakiest industrial sounds you’ll hear in modern music, which, despite their nightmarish variety, Yeldham plays with practiced precision. Performances are intensely physical or ‘neo-brutalist’ and not for the faint-hearted.
* taken from www.infonews.co.nz
-------------------------------------------------
[ JUSTICE YELDHAM SHOW ]
Sydney sound performance act
3 NOV 2009 (tuesday)
8PM to 12PM
ALLUNAN SYMFONNY STUDIO, CAFE AND DISTRO
27-2, Jalan PJS 8/12, Dataran Sunway Mentari
46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (go to maps.google.com.my an paste the whole address for map!)
http://www.myspace.com/allunansymfonny
facebook: Allunan Symfonny Studio, Cafe and Distro
local supporting acts:
JERK KEROUAC
http://www.myspace.com/jerkkerouac
http://jerkkerouac.bandcamp.com/
PAKATAN HARAMJADAH
http://pakatanharamjadah.wordpress.com/
http://www.myspace.com/pakatanharamjadah
TADPOLE
http://www.myspace.com/tadpolerulezzz
+ 1 MORE special ACT!
RM5 entrance fee.
contacts: 013 243 7092
SEE YOU THERE!
------------------------------
Justice Yeldham:
http://www.myspace.com/justiceyeldham
http://freemusicarchive.org/music/Justice_Yeldham/
http://www.ozarts.com.au/artists/justice_yeldham?SQ_PAINT_LAYOUT_NAME=artist_about
Tuesday, October 6, 2009
STEVE TOWSON S.E ASIA TOUR 2009 | 12TH OCT 2009 | 6.30pm to 12.00pm | FNBHOUSE | PETALING JAYA

INVITATION TO STEVE TOWSON S.E ASIA TOUR SHOW !
Steve Towson, folk/punkrocker from Australia will tour South East Asia again this October! He will play shows in Phillpines, Indonesia, Singapore and Malaysia. On 12th october, Monday, night time, we are organizing one punk as folk ACCOUSTIC show for him at FoodNotBombs house Petaling Jaya, No.14 Jalan Jelawat 8/10, Section 8, Petaling Jaya, Malaysia. This is the final show for the tour!
It's an outdoor show, on the front yard of the single storey terrace house with the nice park/playground in front of it. Imagine some kind of house party with proper performances and there's no entrance fee but will ask for people kindness to donate some money. Pls Pls Pls!
The show will start at 6.30 pm until 12 pm. Do come early, on time and support everyone and each other!!
Here is the agenda:
Screening:
1.Running by Mien - a documentary on Refugees in Malaysia / 30 minutes
*website
*Mien Ly is an independent filmmaker. She will be around for the screening. Take this chance to discuss/talk to her.
The Supporting Acoustic (or turn acoustic) Acts:
1. The Pips - http://www.myspace.com/thepips666
2. Wolf of Spunky Funggy - http://www.myspace.com/spunkyfunggy
4. Cakap Rakyat - http://www.cakaprakyat.blogspot.com/
Meor - http://www.pestajiwa.net/2008/05/meor-seru-video-klip/
5. The Garrison - http://www.myspace.com/beatgarrison
7. Always Last - http://wearealwayslast.blogspot.com/
Poetry | words:
5. Ashraf Ishak - http://ashrafishak.blogspot.com/
7. Elaine Foster - http://www.youtube.com/watch?v=c4DYJt11vLE
Vegan food!
Chocolate cake? vegan bread? Pau? Cookies? Pizza? Ketupat? Thilaga? This is limited! Come early to have a taste on our special vegan recipe. You’ve been warned.
bring your stuff for sale or give away: indieDIY music records, zines, books, newsletters, phamplet, propaganda, artworks, dolls, toys, alcohol, grass, drinks, food, love, etc
------------------------------------------
Some read up on the man:
Steve Towson is taking stock of what has been, and what may become, with the release of his latest CD, a retrospective album of re-recorded material spanning his career since 2001.
His one man, one guitar approach allowed him to play “anywhere, anytime”, which he did with prolific intensity. In addition to taking his music to audiences within the relatively safe political climate of Australia, Steve has toured throughout South-East Asia numerous times. Despite the tight or turbulent political atmosphere in some countries, Steve has been unwavering in his advocacy for equitable social change.
A musical broadening occurred in 2006, when collaboration with fourteen musicians in Australia and SE Asia allowed Steve to develop the concept of his new backing band The Conscripts. He invited five musicians into the studio to work on a full-length release. Titled Shah Mat, it was an album of musical and lyrical diversity, which received strong support from Triple J’s Short.Fast.Loud and community radio, and was compared musically to Nick Cave, The Clash, The Pogues, The Ramones and Leonard Cohen.
Since the end of the Conscripts project, Steve has returned to his early “anti-folk” recordings, and responded to punters’ calls for a compilation of favourite tracks from his first three albums. The resulting retrospective CD (self-titled, 2009) is an exposition of simplicity, passion and raw honesty. His sincere lyrics are accompanied only by his characteristic guitar performance. The release is now on offer independently and during Steve’s launch tour in Oct 2009.
Steve Towson:
http://www.youtube.com/watch?v=Dt7PBg1-1V4
http://www.youtube.com/watch?v=O31IfEMuKvM
7X0X7 collective, singapore:
http://www.myspace.com/iheart7x0x7
Papakerma records, malaysia:http://www.papakerma.com/
FoodNotBombsKL
http://www.mockmeat.wordpress.com
more info:
SEE YOU THERE!!
Tuesday, September 8, 2009
Kaulah Lembu! Akulah Lembu!
Kali ini lembu menjadi subjek popular. Semua orang bercakap, menulis mengenai lembu, paling tidak pun pada yang peduli. Pertunjukan paling gempar dan menggegarkan satu negara yang sekarang ini sedang cuba ada gesaan untuk berubah. Kalau bukan pada orang-orang biasa yang sentiasa meyusuri longkang mungkin hanya di peringkat politik nasional. Atau mungkin juga benar apa yang di panggil 'rakyat' betul sedang, dan mahu berubah, merujuk keputusan mengundi pilihanraya umum lepas atau rujukan yang 'membenarkan' para politikus dalam kata katanya. (Kotak itulah semuanya tanda demokrasi, sumber nyawa, hidup mati, berserah dan meyerahlah segala alam!!)
Kalaulah pertunjukan di Shah Alam pada 28 haribulan August 2009 yang lepas itu adalah satu pertunjukan seni persembahan alangkah bangganya aku menjadi seorang 'wannabe' seniman. Impak visual arca hidup (atau mati) yang ternyata berkesan menggerakkan warga untuk mempersoalkan nilai nilai besar yang berkesedaran dalam minda yang menjadi pemandu nadi tenaga gerak untuk mengangkat satu jari. Satu impian semua seniman yang mahu karyanya berkesan sehingga sebegitu (tapi entah apa silapnya ia hanya jadi barangan niaga dan suka benar 'dipentaskan' dan terpisah jauh dari kehidupan. Kita yang akhir zaman ni makin kuat cekaman rantai di kaki dengan definisi yang makin ketat sukar untuk bawanya kembali ke pentas sebenar...khususnya dipentas Malaysia nih...duh duh duh..alasan!) Paling tidak pun ramai yang terkesan berasa bangga, berharapan, sombong, bongkak, bersemangat, pandai, kesal, marah, kecewa, menyampah, runsing, gelabah, terkejut dan ada juga yang tenang (terutama bagi yang faham sangat permainannya).
Sebetulnya memang lagaknya betul betul seakan atau meniru persembahan seni dari asas fundamentalnya lagi iaitu subjek, bentuk dan isi, juga kepalsuan dan keplastikan yang pasti. Ternyata peniruan ini sudah jadi benar mungkin? Mungkin ini ya satu persembahan seni pikirku, yang berjaya kerana dapat mengganggu seluruh warga. Kejayaannya mengangkat perkara yang tidaklah terlalu penting dan mengejek tahap imaginasi hingga dapat menjadikan penipuan dan peniruan sebagai suatu yang sahih.
Atau ini tandanya kita ini sebenarnya berada dalam negara fasis yang membengkak dan sedang terdedah daging dagingnya dari balutan rapi? Sebahagian dari aku mengatakan keterlaluan untuk membuat pertuduhan sebegitu, fasis itu sejarah lama akhir abad ke19 dan awal abad ke20 di Eropah dahulu, mana mungkin sekarang di sini. Tapi ciri cirinya sama: menghadkan imaginasi pada sempadan negara (dan segala yang bersangkutan dengannya; ultra nasionalis contohnya); mengulangi penipuan berulang ulang sehingga menjadi kebenaran, dan juga betapa ia begitu 'catchy' sehingga keyakinannya diguna pakai dari hooligan, gangster, orang orang gedebe jalanan sehingga pada pemerintah tertinggi negara, tepat!
Berbalik pada subjek lembu. Amat rapatlah dia dengan perumpaan, 'bodoh seperti lembu'. Terang dan simbolik yang tidak bersimpang siur untuk dirungkaikan, khususnya pada yang dikontruksi sosial kesedarannya dalam budaya melayu.
Aku pada 22 Ogos sebelum kejadian gempar itu, siap membuat satu kolaj digital yang di beri tajuk Negaraku dengan mengambil subjek kerbau, yang menghantar mesej simbol yang sama. Kerbau - lembu, mungkin akibat fungsinya dan karakter yang sama, ia membawa simbol yang sama, 'macam kerbau dicucuk hidung', orang yang mengikut apa sahaja kata tuannya. Kolaj ini juga respon dari amarah rasa pada permainan -permainan politik nasional akhir akhir ini yang terlalu menyesakkan. Ia satu respon terus aku terhadap pemerintah yang terlalu membodohkan rakyatnya, atau menganggap rakyat terlalu bodoh dengan pernyataan -pernyataan rasmi dan tindakan yang terlalu mengejek kepandaian orang ramai. Entah ini satu kebetulan atau apa (ada yang suka bergurau dengan kata seperti 'tanda tanda kenabian'!). Ia juga mengingatkan aku pada sebelum itu, bulan Julai, seorang kawan seniman, yang mempamerkan karya lukisannya di sebuah galeri di ibukota dengan bersubjekkan lembu:
yang bertajuk Destructive Behaviour : After Ahmad Zaki. Daripada temuramah atau perbualan dalam laman web yang mendokumentasikan aktiviti kesenian lokal: Arteri, kata pelukisnya ia juga menggunakan perlambangan yang sama. Tetapi dalam perbualan santai aku dengannya sendiri lukisan ini juga mengejek sikap seniman seniman senior lokal yang terlalu eliitis dan penting diri sendiri sahaja, langsung tidak ada kontribusi pada masyarakat seni, kalau tidak pun pada masyarakat luas, yang aku akui memang benar. Akhirnya berbalik pada perangai dan 'attitude' juga dan selepas tu berleterlah dengan situasi kesenian yang tidak dihargai khalayaklah, tidak berpijak dibumilah, apalah, tanpa melihat diri sendiri. Samalah dengan yang lain lain juga, dengan ruang selesa mereka, celaka! Poogenda

