Sunday, August 9, 2009

Pariah Negara . Pariah Kapital . Penjara Kuasa


Ada usul terbaru mahu melaksanakan penapisan media internet di malaysial. macam celaka! Gerakan terdesak oleh kerajaan pemerintah yang makin terdedah pekungnya yang sedikit sebanyak (atau banyaknya) berpunca daripada ciri bebas/demokratik medium internet menjadi media rakyat yang terlepas daripada cengkaman kawalan pemerintah, melahirkan jalur naratif/cerita yang berbeza beza atas sesuatu subjek dan perlahan lahan membunuh "master narrative" satu jalur cerita sahaja atas apa apa realiti, tiada rasa, tiada imajinasi/khayalan.

Apa apa lah alasannya untuk kawalan: menjaga moral, menjaga keharmonian kaum, menjaga jaga, cukup untuk jadi bahan jenaka sahaja. Kalau lah tidak ada apa lagi di sekekeliling masyarakat dan kesedarannya yang mampu menggembirakan kamu mungkin ini dan apa lagilah kenyataan dan tindakan ahli politik lokal mungkin mampu jadi bahan jenaka bermutu. Cuma awas menjadi penonton persembahan mereka ini tiketnya tidaklah murah dan enteng, tiketnya jiwa jiwa manusia!

Atau juga mungkin kerajaan pemerintah terhasut dengan peniaga usahawan yang progresif maju dan pintar sekali dalam memahami "human behaviour" atau "human nature" atau "zeitgeist" zamannya, rancak mencucuk perlunya sistem penapisan ini, supaya dapatlah mereka menyediakan perisian komputernya, gajet-gajet yang perlu dipasang pada setiap komputer di tanah Malaysia ini, mengira ngira berapa banyak kertas dollar yang dapat dikumpulkan. Pasangkan pelobi - pelobi yang bijak, salam berlapik dengan rais yatim dan kuncu kuncunya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.... Budaya apa? taik! 

Tidakkah memang jelas yang sebenarnya ia permasalahan gila kuasa? Tentang kegugupan mahu terus berada di atas dengan apa sajalah jalannya. Untuk menjaga keharmonian kaum ke, keharmonian pemerintah (dan perniagaannya)? Merekalah sang chauvinis yang mencucuk perkauman sejak dulukala. Ulang tayang permainan lama yang sudah dapat dihidu, bosan. Tidakkah sudah jelas yang umno lah yang memerintah ketika rusuhan kaum 1969 dulu? Dengan permainan yang sama juga diulang tayang apabila kuasa sudah tergugat, di tahun 2009 ini (dan sebelum sebelumnya). Tidakkah jelas coraknya?

Maka bersidanglah raja raja dan mesin mesin hantu disekelilingnya, tentang korban apa untuk kerusi emas yang sudah bersalut jiwa dan darah dan bermacam korban ini. Boneka boneka apa yang boleh bersuara dengan punggungnya, bongkak dan busuk... Macam yang bawah ni;


 

poogenda

--------------------------------------------------------

* ilustrasi diatas adalah karya, John Heartfield, bertajuk "The Voice of Freedom in the German Night on Radio Wave 29.8" yang bermediumkan photo montaj, satu perlawanan visual menentang kawalan media ke atas imajinasi kolektif negara di zamannya yang dicengkam fasis German.

*lihat sini, dan sini 

     

     

No comments:

Post a Comment